Salam sejahtera buat semua pelajar...
Di sini cikgu sertakan format untuk menghasilkan Rujukan dalam elemen 2. Format ini mesti dipatuhi sepenuhnya untuk mengelakkan pelajar kehilangan markah terutamanya dalam meletakkan tanda koma, titik, titik bertindih dan sebagainya ( , . :," ; ).
Contoh Format RUJUKAN
Buku
Masariah Mispari, Johara Abdul Wahab, Ridzuan Hasan, 2003. Sejarah Tingkatan 2. Kuala Lumpur : DBP.
Lofti Ismail,1988. Sejarah Malaysia 1400-1963. Kuala Lumpur : Utusan Publications and Distributors Sdn.Bhd.
Mohamad Noordin Sopiee,1967. From Malayan Union to Singapore Separation: Political Unifacation in the Malaysia Region 1945-1965. Kuala Lumpur : Universiti Malaya Press.
Jurnal
Ahmad Masjidin. “Malayan Union Dalam Ruangan Akhbar Warta Negara” dalam Jurnal Malaysia dari Segi Sejarah. Bil 8, April 1979.
Ishak bin Tadin,1960. “Dato’ Onn and Malay Nationalism 1946-1951”, dalam JSEAH. Vol 1.Mac 1960.
Ensiklopedia
Tajuk, jilid dan tahun.
Akhbar
Utusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5.
Orang Sumber
Encik Ismail bin Mohd Kassim, 43 tahun, No 21, Jalan Lundu 7, Taman Beringin 52000 Kuala Lumpur.
Puan Hamidah binti Daudshah, 57 tahun, No 7, Jalan SG 1/ 30, Taman Sri Gombak, 68100 Selangor.
Melawat Tempat Kajian
Pejabat Pelancongan Malaysia, Tingkat 17, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, 45 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.
Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, 50568 Kuala Lumpur.
Tapak Ekskavasi Tingkayu, Kunak, Sabah.
Tapak Ekskavasi Gua Niah, Niah, Miri, Sarawak.
Monday, 10 June 2013
Tuesday, 4 June 2013
Contoh Elemen 1 - Temubual orang sumber
Salam sejahtera buat para pelajar...
di sini cikgu lampirkan contoh penghasilan salah satu sumber untuk elemen 1 iaitu Temubual Orang Sumber. Harap dapat membantu pelajar dalam menyiapkan tugasan Kerja Kursus Sejarah dengan lebih baik.
ELEMENT 1: PANDUAN TEMURAMAH ORANG SUMBER
Arahan:
Sebelum berjumpa orang sumber, pastikan anda menyiapkan skrip soalan bagi memudahkan sesi temuramah dan pemerhatian.Skrip akan menjadi bahan bukti aktiviti mencari maklumat dan akan dilampirkan dalam folio. pastikan anda menulis dengan kemas.
CONTOH SKRIP ORANG SUMBER
Maklumat Asas:
1. Jenis Kegiatan Ekonomi Tradisional:Pengusaha Dodol (contoh)
2. Nama :_____________ (pihak yang mengusahakan)
3. Umur: _______tahun
4. Alamat:____________________________ (lokasi tempat kajian)
Latar Belakang:
1. Boleh tak Mak Munah terangkan cara pembuatan cendol ni ?
2. Apakah peralatan yang Mak Munah gunakan?
3.Berapakah kos menghasilkan dodol setiap hari ?
4.Dimanakah Mak Munah menyediakan dodol ini?
Sumbagan/Pengaruh
5. Adakah perusahaan dodol ini telah memberi perubahan besar kepada keluarga Mak Munah?
6. Adakah perusahaan dodol in menjadi pendapatan utama atau sampingan bagi keluarga Mak Munah?
7. Bagaiamanakah Mak Munah memenuhi permintaan pelanggan teruatamanya apabila permintaan tinggi?
8. Adakah perusahaan dodol ini memberi peluang pekerjaan kepada jiran-jiran berdekatan?
Prospek
9.Apakah cabaran yang dihadapi oleh Mak Munah dalam perusahan dodol ini ?
10. Adakah Mak Munah mendapat galakkan atau bantuan daripada mana-mana agensi kerajaaan?
11. Bagaimanakah penerimaan masyarakat terhadap produk dodol?
12. Apakah harapan diri Mak Munah sebagai pengusaha dodol dan saranan Mak Munah kepada ahli keluarga dan masyarakat setempat?

* Lampirkan gambar lokasi @ peta boleh dapatkan melalui google map.(Jadikan gambar dan peta sebagai lampiran elemen 2)
5. Apakah asal usul perniagaan Dodol Mak Munah?

-----------------------------------------------------------------------------
Latar Belakang:
1. Boleh tak Mak Munah terangkan cara pembuatan cendol ni ?
2. Apakah peralatan yang Mak Munah gunakan?
3.Berapakah kos menghasilkan dodol setiap hari ?
4.Dimanakah Mak Munah menyediakan dodol ini?
Sumbagan/Pengaruh
5. Adakah perusahaan dodol ini telah memberi perubahan besar kepada keluarga Mak Munah?
6. Adakah perusahaan dodol in menjadi pendapatan utama atau sampingan bagi keluarga Mak Munah?
7. Bagaiamanakah Mak Munah memenuhi permintaan pelanggan teruatamanya apabila permintaan tinggi?
8. Adakah perusahaan dodol ini memberi peluang pekerjaan kepada jiran-jiran berdekatan?
Prospek
9.Apakah cabaran yang dihadapi oleh Mak Munah dalam perusahan dodol ini ?
10. Adakah Mak Munah mendapat galakkan atau bantuan daripada mana-mana agensi kerajaaan?
11. Bagaimanakah penerimaan masyarakat terhadap produk dodol?
12. Apakah harapan diri Mak Munah sebagai pengusaha dodol dan saranan Mak Munah kepada ahli keluarga dan masyarakat setempat?
Elemen 3 Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3 2013
Salam sejahtera kepada semua pelajar cikgu...
Sejarah ekonomi tradisional negara kita melalui pelbagai fasa yang menarik kerana sejarah Malaysia banyak dikaitkan dengan faktor penjajahan yang mencorakkan sistem ekonominya. Sistem ekonomi sebelum kedatangan penjajah Inggeris ialah sistem ekonomi tradisional. Kedatangan Inggeris banyak berdasarkan faktor mencari keuntungan ekonomi untuk negara dibawa dan memakmurkan negara mereka.
Sistem ekonomi semasa penjajahan Inggeris ialah dengan memperkenalkan penanaman tanaman baru bagi menggantikan tanaman tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Kedatangan kaum imigran yang bekerja di ladang getah lombong telah menyebabkan kegiatan ekonomi terbahagi kepada dua iaitu bercorak tradisional dan bersifat komersial. Kegiatan eknomi tradisonal seperti penanaman gambir, kelapa, padi, menangkap ikan dan sebagainya terus memberi sumbangan walau dalam masa yang sama arus ekonomi bersifat moden mula dilaksanakan.
Dengan sistem eknomi yang dilaksanakan oleh Inggeris maka lahirlah masyarakat berbilang kaum di negara kita pada masa itu. Masyarakat dan rakyat negara ini pada masa tersebut dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni dengan masing-masing menyumbang tenaga ke arah memakmurkan ekonomi negara ini dan saling berganding bahu membangunkan negara dalam bidang ekonomi.
Menjelang akhir abad ke 20 , negara kita telah dilanda dengan kemelesetan ekonomi. Ini menyebabkan harga komoditi atau hasil bahan mentah negara kita seperti minyak sawit, getah dan bijih timah terpaksa menerima bahang dan percaturan sistem ekonomi dunia tetapi rakyat negara ini masih tabah menghadapi cabaran dan dugaan .Ianya ialah hasil daripada semangat juang yang tinggi rakyat negara ini terhadap usaha memajukan diri dan di pihak kerajaan pula ianya disebabkan oleh komitmen membantu rakyat negara ini daripada cengkaman kemiskinan dan kemunduran.
Warisan sejarah yang membentuk persekitaran ekonomi pada masa kini telah cuba diubah oleh pihak kerajaan dan kepimpinan negara ini. Kita memiliki kepimpinan yang peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara dan sedia membangunkan ekonomi tradisonal kepada ekonomi yang bersifat komersial melalui pendekatan dan pembaharuan .
Hasil kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan seperti FAMA, RISDA, FELDA, FELCRA , MARDI , Jabatan Perikanan, Pertanian, Jabatan Haiwan dan Penternakan dan beberapa kementerian sedia bergabung tenaga bagi memakmurkan ekonomi negara ini dan demi kesejahteraan rakyatnya. Tegasnya pelbagai program, insentif dan inisiatif dilakukan bagi menjana dan membantu para petani,pekebun , nelayan dan penternak di negara ini bagi memakmurkan ekonomi mereka. Natijahnya melalui pendekatan ini , kita dapat meningkatkan pendapatan petani dan menggalakkan kerjaya dalam bidang ini yang menjanjikan pulangan yang menguntungkan.
Kesimpulannya kita wajar bersyukur sebagai warganegara negara ini kerana kegiatan ekonomi negara ini berada di landasan yang betul dalam usaha mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk negara ini dan menjanjikan hasil yang berpanjangan jika terlibat dalam bidang pertanian.
SUMBER : http://cikgurazak.blogspot.com
Pelajar dilarang copy & paste 100%. boleh diedit dan dijadikan rujukan untuk menghasilkan esei pelajar sendiri.
Cikgu harap ini akan dapat membantu pelajar dalam menyiapkan elemen 3 dengan jayanya.
Sekian. Good Luck!!
Di sini cikgu ingin menerangkan tentang pelaksanaan kerja kursus sejarah untuk elemen 3. Untuk elemen 3, pelajar diminta untuk membuat satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan ( 100 patah perkataan ke atas) yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan yang diberikan.
Soalan untuk esei elemen 3 pada tahun ini adalah seperti berikut :
"Kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuh semangat nasionalisme bangsa Malaysia. Berikan pendapat anda."
Tajuk esei yang diberikan ini adalah membawa maksud bagaimanakah ekonomi tradisional di Malaysia ini dapat :
1.Melahirkan rasa cintakan negara
2.Semangat perpaduan di kalangan bangsa
3.Membantu dalam memajukan negara
4.Menjadi salah satu ikon kepada keistimewaan yang ada di negara kita.
Cuba pelajar berikan pendapat pelajar berkenaan dengan persoalan ini dengan memasukkan unsur-unsur patriotisme yang diberikan di bawah ke dalam karangan pelajar. Pelajar dikehendaki untuk memasukkan sekurang-kurangnya 4 unsur patriotisme daripada semua unsur yang diberikan ini.
1 Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia
- menghormati raja dan pemimpin negara
- menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara
- menghormati lambang-lambang negara (seperti bendera, lagu kebangsaan, dan jata negara)
- menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara
- menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa
- berbangga dengan sejarah negara
2 Bersemangat Setia Negara
- cinta akan bangsa dan negara
- taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara
- sedia berkorban untuk bangsa dan negara
- bertanggungjawab kepada bangsa dan negara
- berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara
- peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara
- bersyukur sebagai warganegara Malaysia
3 Bersemangat Kekitaan
- bersatu padu dan berharmoni
- bertolak ansur dan bertoleransi
- bekerjasama dan tolong-menolong
- hormat-menghormati
- bersefahaman dan bermuafakat
- muhibah atau semangat bermasyarakat
4 Berdisiplin
- berakhlak dan berbudi pekerti mulia
- mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara
- mematuhi peraturan dan undang-undang
- berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi
- bertindak wajar
- bersifat amanah dan jujur
- berlaku adil dan bertimbang rasa
5 Berusaha dan Produktif
- rajin dan gigih
- berdikari
- tabah menghadapi cabaran
- menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan
- berganding bahu membangunkan negara
- berilmu dan berketrampilan
Contoh esei untuk elemen 3 :
Sistem ekonomi semasa penjajahan Inggeris ialah dengan memperkenalkan penanaman tanaman baru bagi menggantikan tanaman tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Kedatangan kaum imigran yang bekerja di ladang getah lombong telah menyebabkan kegiatan ekonomi terbahagi kepada dua iaitu bercorak tradisional dan bersifat komersial. Kegiatan eknomi tradisonal seperti penanaman gambir, kelapa, padi, menangkap ikan dan sebagainya terus memberi sumbangan walau dalam masa yang sama arus ekonomi bersifat moden mula dilaksanakan.
Dengan sistem eknomi yang dilaksanakan oleh Inggeris maka lahirlah masyarakat berbilang kaum di negara kita pada masa itu. Masyarakat dan rakyat negara ini pada masa tersebut dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni dengan masing-masing menyumbang tenaga ke arah memakmurkan ekonomi negara ini dan saling berganding bahu membangunkan negara dalam bidang ekonomi.
Menjelang akhir abad ke 20 , negara kita telah dilanda dengan kemelesetan ekonomi. Ini menyebabkan harga komoditi atau hasil bahan mentah negara kita seperti minyak sawit, getah dan bijih timah terpaksa menerima bahang dan percaturan sistem ekonomi dunia tetapi rakyat negara ini masih tabah menghadapi cabaran dan dugaan .Ianya ialah hasil daripada semangat juang yang tinggi rakyat negara ini terhadap usaha memajukan diri dan di pihak kerajaan pula ianya disebabkan oleh komitmen membantu rakyat negara ini daripada cengkaman kemiskinan dan kemunduran.
Warisan sejarah yang membentuk persekitaran ekonomi pada masa kini telah cuba diubah oleh pihak kerajaan dan kepimpinan negara ini. Kita memiliki kepimpinan yang peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara dan sedia membangunkan ekonomi tradisonal kepada ekonomi yang bersifat komersial melalui pendekatan dan pembaharuan .
Hasil kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan seperti FAMA, RISDA, FELDA, FELCRA , MARDI , Jabatan Perikanan, Pertanian, Jabatan Haiwan dan Penternakan dan beberapa kementerian sedia bergabung tenaga bagi memakmurkan ekonomi negara ini dan demi kesejahteraan rakyatnya. Tegasnya pelbagai program, insentif dan inisiatif dilakukan bagi menjana dan membantu para petani,pekebun , nelayan dan penternak di negara ini bagi memakmurkan ekonomi mereka. Natijahnya melalui pendekatan ini , kita dapat meningkatkan pendapatan petani dan menggalakkan kerjaya dalam bidang ini yang menjanjikan pulangan yang menguntungkan.
Kesimpulannya kita wajar bersyukur sebagai warganegara negara ini kerana kegiatan ekonomi negara ini berada di landasan yang betul dalam usaha mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk negara ini dan menjanjikan hasil yang berpanjangan jika terlibat dalam bidang pertanian.
SUMBER : http://cikgurazak.blogspot.com
Pelajar dilarang copy & paste 100%. boleh diedit dan dijadikan rujukan untuk menghasilkan esei pelajar sendiri.
Cikgu harap ini akan dapat membantu pelajar dalam menyiapkan elemen 3 dengan jayanya.
Sekian. Good Luck!!
Sunday, 2 June 2013
Elemen 2 Kerja Kursus Sejarah
Salam sejahtera buat semua pelajar..
Di sini cikgu lampirkan format elemen 2 Kerja Kursus Sejarah untuk rujukan semua pelajar tingkatan 3. Diharapkan ia dapat membantu anda semua dalam menyiapkan kerja kursus sejarah 2013 dengan jayanya dalam tempoh yang telah ditetapkan. Good Luck.
Sila klik pada link di bawah ini :
Elemen 2 Kerja Kursus Sejarah 2013

Subscribe to:
Posts (Atom)