Tuesday, 4 June 2013

Contoh Elemen 1 - Temubual orang sumber

Salam sejahtera buat para pelajar...

di sini cikgu lampirkan contoh penghasilan salah satu sumber untuk elemen 1 iaitu Temubual Orang Sumber. Harap dapat membantu pelajar dalam menyiapkan tugasan Kerja Kursus Sejarah dengan lebih baik.

ELEMENT 1: PANDUAN TEMURAMAH ORANG SUMBER

Arahan:
Sebelum berjumpa orang sumber, pastikan anda menyiapkan skrip soalan bagi memudahkan sesi temuramah dan pemerhatian.Skrip akan menjadi bahan bukti aktiviti mencari maklumat dan akan dilampirkan dalam folio. pastikan anda menulis dengan kemas.


CONTOH SKRIP ORANG SUMBER

Maklumat Asas:

1. Jenis Kegiatan Ekonomi Tradisional:Pengusaha Dodol (contoh)
2. Nama :_____________ (pihak yang mengusahakan)
3. Umur: _______tahun
4. Alamat:____________________________ (lokasi tempat kajian)

* Lampirkan gambar lokasi @ peta boleh dapatkan melalui google map.(Jadikan gambar dan peta sebagai lampiran elemen 2)

5. Apakah asal usul perniagaan Dodol Mak Munah?

-----------------------------------------------------------------------------

Latar Belakang:

1. Boleh tak Mak Munah terangkan cara pembuatan cendol ni ?

2. Apakah peralatan yang Mak Munah gunakan?

3.Berapakah kos menghasilkan dodol setiap hari ?

4.Dimanakah Mak Munah menyediakan dodol ini?


Sumbagan/Pengaruh

5. Adakah perusahaan dodol ini telah memberi perubahan besar kepada keluarga Mak Munah?

6. Adakah perusahaan dodol in menjadi pendapatan utama atau sampingan bagi keluarga Mak Munah?

7. Bagaiamanakah Mak Munah memenuhi permintaan pelanggan teruatamanya apabila permintaan tinggi?

8. Adakah perusahaan dodol ini memberi peluang pekerjaan kepada jiran-jiran berdekatan?

Prospek

9.Apakah cabaran yang dihadapi oleh Mak Munah dalam perusahan dodol ini ?

10. Adakah Mak Munah mendapat galakkan atau bantuan daripada mana-mana agensi kerajaaan?

11. Bagaimanakah penerimaan masyarakat terhadap produk dodol?

12. Apakah harapan diri Mak Munah sebagai pengusaha dodol dan saranan Mak Munah kepada ahli keluarga dan masyarakat setempat?

No comments:

Post a Comment